Friday, October 1, 2010

Penyeri dunia.

Salam dan selamat petang. Niat dihati mahu mengarang panjang berjela kali ini, itu pown kalau idea datang mcm kilat. Tadi terbuka facebook (terbuka, tiada niat nk buka) =.=' . Terus tertarik dengan video yang dishare oleh seorang kawan. Tajuk video itu "Muslimah wajib tonton". Terasa diri ini muslimah. Bila klik play tu, dalam hati bermonolog sendiri " owh, da tgk hari tu, yg syafiq share". Tapi teruskn juga tgk, siaran ulang tayang, dan tetiba playlist mendendangkn lagu Wanita- Dehearty. ^_^. Terus terasa ingin update pasal wanita di belog ini. Okay berbalik kepada video tadi, memang ditujukan kepada kami, intipati nya bagus, tentang gaya sekarang. Dan rasa nya rata rata taw pasal ap. Masalah wanita jahiliah dikatakan kembali lagi. Mungkin, persoalan ; adakah diri ini tergolong sekali. Berfikir. Antara ciri yg dimaksudkan sehingga dikategorikan wanita jahiliah ialah:
  1. Wanita mengenakan solekan berlebihan
  2. Mengenakan tudung tetapi menampakn hiasannya
  3. Keluar rumah tanpa arah tuju
  4. Sentiasa berjalan dengan lenggang lenggok
  5. Menghentak kaki ingin menarik perhatian
  6. Persamaan tudung kite dengan mereka
  7. Bermegah megah menunjukn kecantikan kepada umum
  8. Tidak berasa malu menjadi tumpuan lensa kamera
Dan banyak lagi. Yang paling terkesan bila part terima kasih teknologi sekarang. Teknologi yang dimaksudkan ialah facebook. Rata rata bangga menunjukn gambar posing yang cun ala comel. Tidak terkecuali diri ini. (ilmu perlu dibnykan lgi agar tidak terpengaruh T_T). Ada btol nya semua itu. Dan seperti yg kite tahu, kawan facebook bukan nye semua kawan kite. Rata adalah ajnabee yg kite tidak kenal. Gambar tidak semena semena ditontonkn kepada mereka. (peringatan untuk diri sendiri). Terus berfikir lagi diri ini. Semua itu btol, dan ad perkara dalam diri ini yg perlu dibetulkan. Siap sudah pasal video yg dishare tadi, kalau ingin lihat lebih lnjut, sila click link ini. http://www.facebook.com/video/video.php?v=1578890839407

Bercerita tentang lagu yang didengar. Dari tajuk kite tahu lagu itu ditujukan untk kaum kami. WANITA. Lirik lagu sangat padat. Pembuka bicara lgu itu " Kau digelar sebagai penyeri dunia".

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

*Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
http://www.free-lyrics.org/Dehearty/73852-Wanita.html

**Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Engkaulah "wanita istimewa"
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Padat menceritakan bagaimana kami wanita harus dibimbing, di didik dan juga ditreat. Kiranya lirik lagu itu dah cukup intipatinya. Malas nk explain lgi. =.=' Sebab da xda idea, sekian sahaja ya.

No comments: