Thursday, May 5, 2011

Kami sekawan :)

Layankan gambar dibawah nie :)

Kellie's Castle 290411

Salam dan selamat sejahtera :)
Agak skema disitu, but who cares kan. Sudah lama sgt tak hapdate blog nie, bukan setakat berhabuk dah, sawang kunang kunang anai anai dan segala bagai binatang dah mula bertapak kat blog ini. Tapi hari ni update bkn nak bercerita pasal sekawan binatang itu, tapi sekawan gadis cun, haha gile perasan kan? Tapi xkisah la, sbb orang cakap confidence is sexy ;) which means im sexy since ku confident akn diri ini cun :D baeklah berbalik kepada tujuan atau motif sebenar nak update blog nie, nk bercerita dan coretkan pasal hommie kat blog nie. Blog da berzaman ditubuhkan, da berusia tiga tahun dah, tapi bole kira ngan jari berapa kli ckp pasal hommie kat post blog nie, bukan ape, selalu cakap pasal wan syafiq, rizqi, homesick, tension and semua benda alah yang tak da kaitan la ngan hidup orang awam -.- Tapi memandangkn semua akan pergi intern xlame lagi, especially erni ngan suhana, jadi maka hari ni terdetik la nk bercerita pasal hommie ;)


nabilah, kierah, hani, kathy, erni, farihah, myself, suhana, aten, non
kami sekawan dan serumah
^_^

Nabilah atau kakbi adalah yang pling lembut dan sangatlah keibuaan dalam rumah kami, sangat suka bercerita dengan kak b, by the way, ku kenal nabilah since form 4 and kami satu geng dengan rizqi. Kak b sangat baek, bila turun beli makanan, mesti mau tanya nak kirim ape, since ku ni bukannye rajin nak turun pegi cari makn, besides, kitorang selalu masak pape pakai barang kak b je, terima kasih kak b :)

Kierah, seorang yang sangatlah pendiam, tapi bila masuk borak, riuh gak tu, jgn sangka pendiam macam ji hoo okay. Haa, terima kasih kierah sebab menghadiahkan rantai bintang! :) dream comes true disebabkan kierah :)

Hani aka rommie. Okay malas nak cerita pasal hani , sebab sangatlah bosan ;) hahaha, by the way, kepada yang tak kenal sgt hani, kalo nk berbual dengan dia kene hati hati, tkt mati sesak nafas sbb semput gelak kuat sgt, lawak nak spontan je, xpaham =.=' selalu pillowtalk dengan hani since katil dia sebelah mine, alaaa kalau katil u olss sebelah i pun, i akn pillowtalk dengan uols gak :) haaa, tidak lupa, hani senyap dengan orang yang dia xkenal sgt, which is sgtlah berbeza w/ me since ku dgn semua org mau riuh -.-' hani ku kenal since form 1 ketika di Maher and hani pun pegi mrsm kt juga :)

Kathy seorang yang same macam yang laen, haha gile pening ayat -.- Kathy seorang yang masuk je, ajak je pegi mane mane, on memanjang . Sangatlah suka okay. Kathy adalah tempat kami meminta movie or series since kathy ada supplier iaitu kamarul :)

Erni, haa inilah gadis yang akan pegi intern bersama suhana bulan 6 ni. Ku kenal erni dari foundation, masuk basic dance sama sama, menari same same, dapat malu sama sama, tido sama sama, ngumpat sama sama, gosip sama sama, latih menari sama sama, makan sama sama, maen card sama sama, masuk sife sama sama, masuk csr sama sama, masuk yec sama sama, ada myvi sama sama, penah minat org yg sama juga and semua lah sama sama.

Farihah, ni sorang yg sangatlah pelik, and dia muda setahun dari kitrg since dia budak lompat. Asal chinese, and sgt salute farihah sbb dia ada kelebihan yang orang laen xda, iaitu bole dengar apa org ckp ketika tido, that's why bila masuk kelas, dia tido and bila xphm, kejutkan dia, dan tnye dia, dan dengan selamba dia akn jawb soalan anda. Kite yg sepnuh sedar tak phm, dia yg tido nyenyak bole paham =.=' farihah same mcm erni, kitrng selalu maen kad same same, masuk yec same same, lepak same same and semua la

Suhana juga akan pegi intern dengan erni. Su intern kat Cimbs, and nnti intern jgn lupa claim top4 ak ngan cimbs su, yg xmasuk masuk sampai sekarang -.-' su sangatlah cute gayanya, xpham, kitorang suka lagu yang same, lagu yg aku suke, mesti su pun akn suke. Su maen card juga, kitrg ada kenangan maen card ngan suhana, sgt kelakar okay -.- penah pegi tambun ngan erni su ak and ada lagi dak laen.

Aten seorg yang sngatlah pendiam, dlu sebelum kenal c.aten selalu dlm hati ckp " nape budak ni selalu jln sorg eh" pastu bila da kenal elok elok, haaa bru ko taw nyah! -.- gile gile nya xyah ckp la, aten seorg yang selalu pegi je klo ajak g mane mane, ajak la kebulan pun, and one thing ku suke pasal c.aten, kadang kadang kata kata tu, fuh! melekat kat jiwa! ckp nye jarang, tapi ble ckp, ada input nye :)

Non, haaa non ada tunggal perempuan, tapi ada abang laki lebih dari seorng. Romate kathy, dan seorg yang agak riuh juga, selalu nyanyi same same ngan kathy, kitrg kat blik bole dengar dia nyanyi pagi pagi, kadang kadang lagu rock kapak, kadang kadang lgu hindstan dan mcm mcm lagi la.

Amirah, tp takda dalam gambar, sbb aemy da pindah rumah, aemy pling bagus, yg mengingtkan kami kepada asal usul kami, tujuan kami kat dunia nie, bagi dorongan kat kami, bg nasihat kat kami kalau kami terlanjur, tegur kami kalau kami buat salah, mintk kunci spare ngan rc bila kami terkunci blik, bawak blik makann free kalau ada event, selalu hntr tazkirah kat gmail, sellau ajak buat usrah, halaqah and semua la. Thanks mie :( npe pindah umah T_T

Aiman juga tiada dalam gambar. Aiman senyap lebih bnyk dari ckp, kitrg selalu bekfes mesti pakai roaster aiman, panaskn makann pakai microwave aiman and smeua smua la yang berkaitan ngan barang dapur. :)

Sangat pnjang mengarang nie, terima kasih to all sbb jadi hosmate yg sgtlah cool! pengalaman sekali bnyk sgt, nak nak bile celebrate birthday party, bile tgk wayang ramai ramai, bile lepak kat jj ramai ramai, bile makan kat rusna ramai ramai, bile masak kat dapur ramai ramai, bile makan nasi goreng dalam periuk secara berjemaah, bile bising gelak gelak dalam bilik air, bila convoi g makan shabu shabu. And big thanks to erni su kak b farihah,bnyk sgt pengalamn best gile ngan korang, sumpah weh T_T pegi melaka same same, pegi cameron same same, tu keje paling gile, otw back to utp it was unforgettable babes! sgtlah cuak, makan ice cream same same kat cameron, dengan cuaca yg sgtlah cool, makan ice cream cake pakai tangan, maen kad smpai nangis nangis sbb kalah, pegi pasar malam kat cameron dgn hujan yg amat, makan strwberi smbil jalan di tgh hujan, and mcm mcm la. Da tiga tahun bersama, thanks thanks thanks. Sgt sedih bile erni ngan su nk pegi intern. Wont forget you guys! T_T

kami sayang kami kami semua T_T
manfaatkn masa bersama
cipta kenangan sebanyak mungkin
untk kita kenang di kemudian hari.
bila da berkeluarga nnti,
tunjuk kat anak anak gmbr nie,
and ckp " ma rindu hosmate ma dlu"
:')

P/S: guys, thanks for being a good friend, eventhough kadang kadang terasa hati, terkesan dihati, termengumpat tanpa disedari and terkasar tanpa dipinta :| and sorry sbb ku jenis yang cepat terasa bila sahabat diambil org laen, that's my bad for loving you guys so much T_T .

7 comments:

ChE AtEn♥♥ said...

terharu and i leviu.. all of u T__T

'amirahH said...

Salam...nice picture(",)
moga ukhwah terjalin berkekalan hingga akhirat sana.

Suka utk berkongsi 3 rukun ukhwah;

1.ta’aruf (saling kenal):mengenali orang lain, baik fisiknya, pemikiran, emosi dan kejiwaannya,mengenali karakter-karakter.
2. tafahum (saling memahami): tidak sekedar mengenal saudara kita, tapi terlebih kita berusaha untuk memahaminya.
3. ta’awun (saling membantu): keinginan untuk menolong sesamanya yang menderita kesulitan - sesuai dengan kemampuannya.
4. takaful, perasaan senasib dan sepenanggungan. Di mana rasa susah dan sedih saudara kita dapat kita rasakan, sehingga dengan serta merta kita memberikan pertolongan.



Tinggalkan diri ini ketika solatmu tapi ingatkan diri ini dlm doamu.

“Setiap hamba Muslim yang mendoakan saudaranya pada ketika saudaranya itu tidak ada (tanpa pengetahuannya), maka malaikat akan berkata: “Semoga kamu juga mendapat seumpama (doa) itu.” (Hadis riwayat Muslim)

Anonymous said...

ooo komang...

jackieKOH said...


huhuhuhhuhuhu.. best la ad housemate camtuu..

semoga prsahabatn korang kekal smpai bila2 k.. nanti bila da tua2, le wat reunion, pastu baca entri blog ne, konfem nanges2.. uhuhuhu..

Entri Panssss : Justin Bieber fans dan haters akan benci aku sebab ini !!

fishies said...

hahaha
pendiam ea..
kite tengok perubahan next sem.
:D

ChE AtEn♥♥ said...

anon ni sape pulak....lame xdgr eamy panggil komang.. uhuuu :)

SyuhadaLihan said...

=P