Thursday, August 18, 2011

Cerita zaman kanak kanak !


Assalamualaikum

Was watching kungfu hustle, and tetiba terlintas dalam kepala nak tengok cerita kungfu yang budak kecik dua orang masa zaman kanak kanak dulu. Memang teringin habeslah, wuwuwu. Kalau aku sebut tajuk cerita tu korang mesti tak kan taw pasal citer tu, jadi disini aku lampirkan beberapa keping gambar yang aku cilok kat google image dan juga dari blog ini lah aku cilok gambar berkenaan :D

haaa korang boleh agak tak sape dua orang kat atas nie?? :D

yang ni ke?? xingat langsung ke??

Okok, nah aku bagi terus gambar time diorang kecik, sure sure korang bole tahu sape kan?? Ini la dia pelakon cerita Shaolin Popey yang aku maksudkan tadi. For sure you guys wont recognise until I put the pictures of them kan? Actually aku pun tak tahu cerita tu tajuk ape, tadi ketika search kat google pun, aku taip dua budak kungfu, and bingo! I found them! Baru aku taw tajuk cerita tu adalah Shaolin Popey. Layan kan dulu gambar kat bawah nie :)

ingat tak ingat tak?? :D

comelnya! c:

ni lagi la tak menahan comelnya :)

Haa ada korang teringin macam aku ke nak tengok cerita ni? Sah sah la teringin kan, iye dak? Told you guys, kalo budak 90s 89s and below tak penah tengok cerita nie, memang rugi habeslah. Memang tak da zaman kanak kanak yang berharga la, dia lebih kurang kalau korang tak tengok HP yang first dulu. Memang rugi seribu kali rugi lah! Jalan cerita dia mostly mesti ada pelakon tambahan iaitu hantu lompat! Hantu lompat ni lagi lah, macam karton gila kot, asal letak kertas kuning je mesti mau membatu, xgerak gerak. Tapi ye la, zaman kanak kanak, memang layan la, xgerak langsung, kalau tanah runtuh depan rumah pun tak kisah dah, janji boleh tengok benda tu lompat lompat, yang tak menahan takut lak tu tengok benda alah tu >.<" macam tak logik kan? Pastu si budak dua orang tu la yang akan lawan pakai kungfu diorang. Part yang kelakar dalam cerita tu bila si gemuk kerdil tu nak berak la, nak kentut la, nak makan la, mesti ada je gangguan mana mana hantu. Aku ingat lagi scene yang dia nak pegi berak, pastu ada kuar tangan from the toilet la, toilet bowl! and jujur aku bagitahu korang, masa aku kecik ,memang tak la nak masuk toilet malam malam sorang, terbawa bawa kot! hahaha, funny meh! :D Pastu banyak lagi la scene yang gelak boleh pecah perut. Dulu ayah aku pun tengok kot cerita nie! :D

persoalan, kenapa sekarang dah tak da cerita hantu cina yang buat hantu macam ni ye??
menarik kot! :D

Owh tidak lupa juga dengan cerita kat bawah nie. Korang mesti penah dengar kan cerita God Must Be Crazy. Cerita ni pun masa zaman kanak kanak jugak dulu. Memang setanding la dengan cerita Shaolin Popey. Pun ada jugak hantu lompat! kelakar la. Cute sangat! Cerita ni lagi la kelakar, dengan anak dia dua orang yang kulit tak berapa nak cerah tu, pastu ada omputih pergi masuk hutan, jumpe diorang, pastu part lucu tu lagi tambah lucu bila omputih tu buat hauk kat dalam hutan tu. Wah teringin nya nak tengok!! :(

haa ni la dia pelakon tu! :D

sekali pandang, macam barack obama pun ada nie :S

Well, tu je kot nak cerita. Teringin nye nak tengok cerita berkenaan~ Kene beli Cds nie, nak tunjuk kat anak anak nanti. " haa ni la cerita yang mama tengok dulu! " hahaha, owh lupa, sengkek, bila nak masuk duit nie? mau tengok cerita nie! internet utp sangat laju. Tak dapat nak download oh! :(

p/s: chao chin chau :(

Monday, August 15, 2011

Hari kekecewaan


Assalamualaikum

Sebelum aku nak mula membebel, nak tanye korang, penah tak dalam satu hari tu korang punya la mengidam nak makan makanan yang memang hari hari ada jual, teringin sangat sangat, padahal hari hari lain tak nak beli. Plus nak dijadikan cerita la kan, hari korang nak makan tu, korang dengan bersemangat kental macam aku ni pergi la turun cafe nak beli, tengok tengok detik korang ngidam tu la kedai tu tak buat hidangan tu, nak dijadikan cerita makin menarik lagi menyedihkan, tu bukan pertama kali korang kena macam tu, sudah berkali kali, hari korang turun je, mesti makanan tu tak ada. Agak agak korang la kan, bole tak jadi fobia dah untuk ngidam nak makan benda tu? T_T


Haa ni la gambar tempe yang aku idam idam kan macam ape tu, tempe yang dijual kat kedai mamak v5 sangat hebat, kalau makan tu, tahap bole meleleh air mata sebab sedap. First time aku jatuh cinta dengan tempe tu, first time aku makan tempe tu " wah,best gila tempe nie" tu la ayat yang tersembur dari mulut aku. Rasa dia kalau korang makan tu, korang akan rase hebat sangat. Hebat tak terhingga.


sekadar gambar hiasan :'(


ini adalah ayam uncle bob :'(
juga sekadar gambar hiasan


Hari ini aku punye la ngidam nak makan ayam uncle bob, semalam pegi bazaar ramadhan, tapi tak beli sebab ngidam nak makan ayam percik, nasib la aku berbelanja dengan cara berhemah sekali, tidak mengikut nafsu makan ni, semalam tahan je nafsu tu. Pastu hari ni kebetulan la kan hosmate pegi bazaar , so kirim la, tengok tengok uncle bob tutup. Wah, marvelous nye hidup ini. Dugaan datang bertimpa timpa ni, macam dah kene hentam dengan batu kepala aku ni T_T Pastu iftar lak tak jadi pergi hari ni sebab ramai xavailable. Memang hari ini hari menduga kesabaran dan ketatasusilaan aku kot. Last last mangsa yang aku susahkan adalah nabilah, kesian kak b, sorry kak b. Okaylah , lain kali update lagi. Btw before tu, aku tak tahu la macam mane kalau ngidam ketika ngandung nanti. Agak agak la ibu ngandung mesti ngidam macam hape ntah, aku yang tak kahwin ni pon ngidam mengalahkan ibu mengandung T_T

Iftar for the first time :)

"Iftar (Arabic: إفطار‎), refers to the evening meal when Muslims break their fast during the Islamic monthof Ramadan. Iftar is one of the religious observances of Ramadan and is often done as a community, with people gathering to break their fast together. Iftar is done right after Maghrib (sunset) time. Traditionally, a date is the first thing to be consumed when the fast is broken.

Many Muslims believe that feeding someone iftar as a form of charity is very rewarding and that it was practiced by Muhammad"

Assalamualaikum

Selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua, rase nya aku macam dah terlambat sangat sangat dah ni, tapi tidak mengapa, janji ucapkan selamat ramadhan itu :) Bercakap pasal ramadhan nie, sepanjang aku hidup lah kan, hurm berapa tahun ye, haa 12 tahun (facepalm *_* ) 21 tahun nie, last week adalah pertama kali aku pergi iftar. Perasaan mula mula nak pergi iftar tu sah sah la ak teruja. First time makan dalam dulang beramai ramai. And actually i thought that iftar ni we have to mixed all those stuff yang dalam dulang tu, mixed not with mixer, but with your own hand, not two hands, but 8 hands or 10 perhaps because for one dulang you have to share with 4 or 5 persons. And luckily, this iftar they already separate the lauk, vege and also rice. Baru nak merasa iftar, i mean real iftar, which is lauk dikambus di dalam nasi. And untuk iftar kali nie, kitorang pergi sepuak 'cause kitorang kalau bole la tidak mahu kongsi bersama yang tidak dikenali. Certain peeps might not have problem with that, but aku ada problem sikit -.-' Malas nak bercakap panjang, we all sempatt snap some pics to be uploaded here and fb, biasala kan, kemane mane mesti akan ada update melalui gambar, zaman sekarang nie, pegi la mane mane, gambar tu dah jadi macam "harus" dah.







So, what say you? ada meleleh tak tengok gambar nie? Tengah hari kalau tengok gambar ni memang nahaslah kau T_T Merana macam ngidam nak makan budu ketika korang tengah bercuti kat Africa haa T_T

That's all for now, btw we are going to iftar again today! moga moga makanan best macam hari lepas :) Yosh!


Sunday, August 14, 2011

#trolololol

Craving meh -.-


Things that i want the most!














So, sapa nak belikan aku ni?? paling paling aku nak mestilah yang last berwarna biru lagi seksi nie T_____T takat leleh dah emoticon ni, nak sangat sangat dah, justeru sape yang nak beli, saiz kasut aku 6 tapi untuk size crocs 7 ;) sila sila la, kepada Wan Syafiq, agak agak la yang mane dia nak beli eh??? ;)

Thursday, August 11, 2011

Mess.

Assalamualikum.

Lame gila aku xupdate blog ni, padahal bukak je hari hari. Tapi bukak pon nak tengok ada komen ke tak kat entry, macam bagus lak kan blog nie, nak ada komen hari hari. Plus selalu usha sape sape yang ada update blog, kalau nak tahu, bloglist aku kat tepi layout tu lah sajian dikala keboringan. Tapi jujur la aku bagitaw, aku excited gile bila fatin liyana update blog dia, tidak lupa juga dengan zackzuhairi.

Dah la pasal update jadah semua tu, hari ni update sebab nak cakap pasal nasib diri aku yang kebelakangan ni macam teruk je. Haish, da penat mengeluh, rasanye hari hari aku mengeluh pasal diri ni. Rase macam da penat sangat dah, xtahu apa yang penat tu, tapi penat sangat dah. Nak cakap fedup tak jugak, dia bukan fedup, tapi penat, lately banyak gila benda dalam kepala ni. Dan buat masa sekarang, memang heaven la kalau dapat pegi tempat yang bersawah padi, air terjun yang cantik gile nak mati yang ada kat google search, pergi pantai tengok pokok kelapa lambai lambai, memang heaven la, xbalik utp balik pon tak pa. Kalau boleh nak bersendirian, berdua pon xpa. Hirup udara segar, xyah pikir pape, life is a mess. Complete mess. Siyesly aku da penat dah, penat sangat sangat dah.

Sekarang semua macam dah lain dah. And aku xbagus dalam pape hubungan, bukan xhargai, tapi dari dulu macam tu. Bukan xcuba berubah, cuba, tapi when it comes to try, bukan sekali try bole jadi. Yes mesti da bosan dah dengan ayat sama je. Tapi memang betul pun, bukan nya xda effort langsung. Im trying. Dah tak taw nak cakap macam mane. Da try sehabes baek, bukan tak sayang, sayang sangat sangat.

im just tired.
in a week, will get better.

Sunday, August 7, 2011

6 Perkara Yang Allah Sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:


"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."


Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.


Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya

Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."


Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"


Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."


Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:


"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."


Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :


* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.