Monday, August 15, 2011

Hari kekecewaan


Assalamualaikum

Sebelum aku nak mula membebel, nak tanye korang, penah tak dalam satu hari tu korang punya la mengidam nak makan makanan yang memang hari hari ada jual, teringin sangat sangat, padahal hari hari lain tak nak beli. Plus nak dijadikan cerita la kan, hari korang nak makan tu, korang dengan bersemangat kental macam aku ni pergi la turun cafe nak beli, tengok tengok detik korang ngidam tu la kedai tu tak buat hidangan tu, nak dijadikan cerita makin menarik lagi menyedihkan, tu bukan pertama kali korang kena macam tu, sudah berkali kali, hari korang turun je, mesti makanan tu tak ada. Agak agak korang la kan, bole tak jadi fobia dah untuk ngidam nak makan benda tu? T_T


Haa ni la gambar tempe yang aku idam idam kan macam ape tu, tempe yang dijual kat kedai mamak v5 sangat hebat, kalau makan tu, tahap bole meleleh air mata sebab sedap. First time aku jatuh cinta dengan tempe tu, first time aku makan tempe tu " wah,best gila tempe nie" tu la ayat yang tersembur dari mulut aku. Rasa dia kalau korang makan tu, korang akan rase hebat sangat. Hebat tak terhingga.


sekadar gambar hiasan :'(


ini adalah ayam uncle bob :'(
juga sekadar gambar hiasan


Hari ini aku punye la ngidam nak makan ayam uncle bob, semalam pegi bazaar ramadhan, tapi tak beli sebab ngidam nak makan ayam percik, nasib la aku berbelanja dengan cara berhemah sekali, tidak mengikut nafsu makan ni, semalam tahan je nafsu tu. Pastu hari ni kebetulan la kan hosmate pegi bazaar , so kirim la, tengok tengok uncle bob tutup. Wah, marvelous nye hidup ini. Dugaan datang bertimpa timpa ni, macam dah kene hentam dengan batu kepala aku ni T_T Pastu iftar lak tak jadi pergi hari ni sebab ramai xavailable. Memang hari ini hari menduga kesabaran dan ketatasusilaan aku kot. Last last mangsa yang aku susahkan adalah nabilah, kesian kak b, sorry kak b. Okaylah , lain kali update lagi. Btw before tu, aku tak tahu la macam mane kalau ngidam ketika ngandung nanti. Agak agak la ibu ngandung mesti ngidam macam hape ntah, aku yang tak kahwin ni pon ngidam mengalahkan ibu mengandung T_T

No comments: